Umno Tidak Akan Ambil Mudah Pada PRK Pengkalan Kubor - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 4:22 PM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman memotong kek sempena sambutan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014 Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, Pagoh di sini hari ini. -Foto BERNAMA.

(Ubah saiz teks)

MUAR: Umno tidak akan ambil mudah pada pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor sebaliknya parti itu akan bekerja keras bagi memastikan kerusi tersebut kekal ditangan Umno, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Beliau berkata pada pilihan raya umum yang lalu, Umno memenangi kerusi tersebut dengan menewaskan calon PAS dengan majoriti lebih daripada 1,000 undi.  


Muhyiddin bagaimanapun, mengingkatkan agar Umno dan Barisan Nasional tidak ambil mudah, kerana PAS sudah pasti akan memberikan saingan yang sengit. 

"Kami masih lagi menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menetapkan tarikh bagi hari penamaan calon. 

"Kami juga sedang meneliti senarai calon dan kebanyakan nama yang dihantar terdiri daripada golongan muda," katanya pada sidang media pada majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Pagoh di Dewan Sri Pekemnbar pada Sabtu. 


Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandanganya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan kanser di China, pada 20 Ogos lalu. 

Tags / Kata Kunci: Umno , BN , SPR , Pengkalan Kubor

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan