Jika Pihak Lawan Letakkan Sepanduk Itu, Terima Kasih - Nik Nazmi

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 5:19 PM

Antara sepanduk yang digantung dalam Stadium Melawati, Shah Alam pada Kongres Nasional PKR Ke-10 pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang baharu, Nik Nazmi Nik Ahmad yang dimalukan dengan tindakan sekumpulan exco memprotes kemenangannya pada kongres sayap itu pada Jumaat sekali lagi menjadi tumpuan. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia tidak dapat menjelaskan kepada media sama ada kain rentang gergasi yang mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau mengetuai kepimpinan AMK dilakukan penyokong atau lawannya. 

Sepanduk yang memaparkan gambar dan mesej kepada wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu digantung di empat penjuru Stadium Melawati iaitu lokasi kongres tahunan parti itu berlangsung. 

"Jika pihak yang meletakkan sepanduk itu merupakan pihak lawan, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka. 

"Saya tidak pasti siapa yang menggantung sepanduk itu, namun saya berpendapat beberapa perwakilan masih dalam suasana pemilihan parti," katanya kepada pemberita pada Sabtu. 

Pada persidangan AMK pada Jumaat, sekumpulan exco AMK yang baharu bertindak keluar dewan persidangan sejurus selepas beliau diumumkan memenangi jawatan itu dan dijemput menyampaikan ucapan penangguhan.

Kumpulan berkenaan mendakwa tindakan itu sebagai tanda protes terhadap keputusan pemilihan yang tidak memihak kepada seorang lagi calon Ketua AMK, Amirudin Shari.

Dakwa mereka, wujud penipuan dalam pemilihan AMK di Cabang Pensiangan, Sabah yang akhirnya menyaksikan Nik Nazmi menang jawatan Ketua AMK.

Pada pemilihan AMK baru-baru ini, Nik Nazmi mengalahkan Amirudin dengan majoriti 250 undi.

Nik Nazmi memperoleh 4,509 undi, sementara Amirudin mendapat 4,259 undi.

Tags / Kata Kunci: Nik Nazmi , AMK

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan