Jenazah Adun Pengkalan Kubor Selamat Dikebumi - Berita Semasa | mStar

Jenazah Adun Pengkalan Kubor Selamat Dikebumi

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 12:25 AM

Noor Zahidi Omar.

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Jenazah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Surau, Pasir Pekan di sini malam Jumaat.

Allahyarham Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada 5.45 pagi, Rabu lepas.

Jenazah Noor Zahidi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Guangzhou sebelum dibawa ke Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa menggunakan pesawat C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kira-kira 500 orang menyambut ketibaan jenazah termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub dan Speaker DUN Kelantan, Abdullah Ya'kub.

Jenazah dibawa ke kediaman Allahyarham di Kampung Surau Pasir Pekan di sini untuk disembahyangkan sebelum dikebumi pada kira-kira 11.50 malam.

Allahyarham merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan