MH17: Jenazah Dua Lagi Rakyat Malaysia Diberi Penghormatan Negara - Berita Semasa | mStar

MH17: Jenazah Dua Lagi Rakyat Malaysia Diberi Penghormatan Negara

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 5:56 PM

Liow Tiong Lai.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jenazah dua lagi mangsa tragedi MH17 yang dijangka tiba pada pukul 8.30 pagi, Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan turut diberi penghormatan sama seperti kumpulan pertama, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 


Mereka adalah jenazah Ketua Pramugara Penerbangan Malaysia (MAS), Mohd Ghafar Abu Bakar dan pensyarah Universiti Malaysia Sabah, Ng Shi Ing.

"Jenazah mereka dijangka diterbangkan menggunakan pesawat komersil MH19 dan sebaik tiba akan turut diberi penghormatan yang sama seperti kumpulan pertama yang terdiri daripada 11 penumpang dan sembilan anak kapal," katanya kepada pemberita di sini.

Pesawat yang membawa jenazah rakyat Malaysia itu berlepas pada pukul 12 tengah hari pada Sabtu melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Belanda.

Pada Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 pada Jumaat, pesawat khas Boeing 747-F yang membawa 20 jenazah itu selamat mendarat di KLIA  pukul 9.54 pagi.

Sempena Hari Perkabungan Negara itu, rakyat di seluruh negara turut bertafakur selama seminit pada 10.54 pagi selepas semua jenazah mangsa pesawat MH17 diletakkan di dalam 20 kenderaan jenazah.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan