Cabaran Mandi Ais ALS Kini Melanda The Star

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cabaran mandi ais kini melanda The Star dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai sendiri tampil menyambut cabaran berkenaan. 

Chun Wai yang dicalonkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKT Logistik, Datuk Michael Tio, menyahut cabaran mandi ais itu bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Nasim Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George.

"Kami tidak melarikan diri, kami berani menyahut cabaran. Kami berani menghadapinya," kata Chun Wai dalam rakaman video yang dimuat naik pada Sabtu. 

Chun Wai menambah, George dan beliau tidak meniru atau mengambil bahagian dalam cabaran mandi ais itu semata-mata untuk mengikut trend semasa. 

 

"Kami benar-benar yakin, kempen ini sangat menakjubkan. Kami telah membuat penyelidikan dan mengetahui hanya segelintir pihak yang mengetahui apa itu penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS)," katanya.


Beliau kemudiannya menamakan, beberapa individu untuk turut serta dalam cabaran mandi ais itu, mereka ialah Ketua Pengarang Malay Mail  Datuk Wong Sai Wan, Ketua Pengarang Kanan Focus Malaysia Chong Cheng Hai, Datuk Ahirudin Attan, atau lebih dikenali dengan panggilan Rocky Bru, Ketua Pegawai Operasi Astro Malaysia Holdings Bhd Henry Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Edge, Ho Kay Tat dan Ketua Pengarang Kumpulan Media Prima, Datuk Amrin Awaluddin.

Cabaran mandi ais ALS  merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit ALS di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan tiga individu lain untuk melakukan perkara yang sama. 

Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke Yayasan ALS.

Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan untuk mencari penawar penyakit ALS ni. 

ALS adalah sejenis penyakit yang mengganggu urat saraf dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.





Tags / Kata Kunci: cabaran mandi ais , ALS , Wong Chun Wai

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan