Bajet 2015 Tumpu Usaha Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup Rakyat

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 9:10 PM

Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Ahmad Husni Hanadzlah.

(Ubah saiz teks)

KUALA LIPIS: Kerajaan memberi tumpuan serius dalam membantu menambah pendapatan rakyat yang kini berdepan peningkatan kos sara hidup.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah berkata perkara itu antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015, yang akan dibentang pada 10 Okt ini dalam usaha membantu rakyat mengatasi peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata kerajaan dijangka mengumumkan peningkatan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selain memastikan peningkatan perbekalan barangan makanan dan pengurangan peranan orang tengah.
 
"Bila cakap kos hidup ini, ia sepadan antara permintaan dan perbekalan, jadi kita akan pastikan perbekalan terutama barangan makanan meningkat dan kita telah berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagaimana hendak meningkatkan bekalan makanan termasuk ikan.
 
"Contohnya, dalam bajet ini kita mahu ikan dalam sangkar ditambah berbanding ikan di dalam laut dan keduanya, kita melihat kepada rantaian bekalan bagi mengurangkan peranan orang tengah.
 
"Jadi kita mahu agensi terlibat seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan sebagainya akan memainkan peranan penting," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Kuala Lipis Datuk Abdul Rahman Mohamad, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta Datuk Mohd Soffi Abd Razak dan ADU NPadang Tengku Datuk Mustapa Long.

Ahmad Husni juga berkata bajet terakhir dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) akan menyaksikan jumlah peruntukan yang lebih besar khususnya membabitkan perbelanjaan pembangunan.

Beliau berkata pada masa ini, kerajaan di peringkat akhir melihat sentuhan utama yang akan dimasukkan dalam Bajet 2015, terutama perkara menyentuh kesejahteraan rakyat.

Bajet kali ini juga, katanya, memfokus kepada cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang akan dilaksana pada April 2015.

Sementara itu, mengulas persediaan pelaksanaan CBP, Ahmad Husni berkata pihaknya menyasarkan lebih 123,000 syarikat mendaftar menjelang penghujung tahun
ini.

Tags / Kata Kunci: Bajet 2015 , Husni Hanadzlah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan