PRK Pengkalan Kubor: Keputusan PKR Isnin

Diterbitkan: Sabtu, 23 Ogos 2014 7:49 PM

Timbalan Presiden, Azmin Ali memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk berucap pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Melawati Shah Alam pada Sabtu. - Foto RICKY LAI.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Keputusan sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti hanya akan diputuskan pada Isnin ini.

Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan mesyuarat khas bersama pimpinan PKR Kelantan bagi mendapatkan maklum balas mengenai situasi terkini di DUN Pengkalan Kubor.

"Saya perlu mendapatkan maklum balas sebelum kita kemuka pandangan ke peringkat tertinggi Pakatan Rakyat.

"Pada masa ini kita tak mahu buat sebarang spekulasi kerana ia masih dalam proses perbincangan. Kalau ikut tradisi, memang kerusi ini diwakili PKR," katanya ketika ditemui pada Kongres Nasional PKR ke-10 di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof yang mahu supaya kerusi DUN Pengkalan Kubor dikembalikan kepada PAS setelah PKR gagal merampas semula kawasan tersebut sejak dua penggal lalu.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong selepas penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia akibat kanser pada Rabu lalu.

Noor Zahidi yang juga Ketua Umno Bahagian tumpat mempertahankan kerusi DUN Pangkalan Kubor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu dengan majoriti 1,736 undi.

Beliau yang memperoleh 10,174 undi menewaskan dua lagi lawannya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim yang mendapat 8,438 undi serta seorang calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary yang hanya mendapat 65 undi.

Ditanya berhubung peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi DUN Pengkalan Kubor daripada BN, Azmin berkata: "Saya sentiasa yakin bahawa peluang itu sentiasa ada. Cuma kita perlu bekerja keras."

Tags / Kata Kunci: Pengkalan Kubor , PKR , Azmin Ali

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan