Ketua Wanita PKR Tegaskan Wan Azizah Akan Jadi MB Yang Lebih Baik

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 11:31 AM

Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin menyokong penuh Dr Wan Azizah sebagai bakal MB Selangor yang baru.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin menegaskan yang presiden mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi menteri besar yang jauh lebih baik dan berkesan daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, jika diberi peluang.

Katanya, Dr Wan Azizah mempunyai pengalaman lebih 16 tahun sebagai pemimpin parti dan memainkan peranan yang sangat penting dari hari pembentukannya sehinggalah ke hari ini.

Dan beliau melakukan tugasnya dengan penuh berkesan walaupun dari semasa ke semasa dibelenggu dengan kes-kes mahkamah yang melibatkan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tegas Zuraidah.

"Barang diingat Wan Azizah adalah ketua pembangkang wanita yang pertama di Dewan Rakyat, jadi soal kemampuannya memimpin tidak perlu dipersoalkan lagi," ujarnya kepada para pemberita ketika ditemui selepas pembukaan persidangan sayap wanita pada kongres parti itu yang ke-10 di sini Jumaat.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar turut mempertahankan keputusan partinya untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Tambahnya, soal setuju atau tidak setuju adalah sebahagian daripada asam garam dalam mana-mana gabungan atau pakatan politik.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan