MH17: Solat Jenazah Selepas Solat Jumaat Di Seluruh Negara

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 10:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib bagi mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang beragama Islam akan diadakan secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pasukan pengurusan jenazah Muslim bagi rakyat Malaysia yang terdiri daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dah Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) selamat memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkan 11 jenazah tersebut di Amsterdam.

"Setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat pada Jumaat, 22 Ogos.

"Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sebanyak 20 jenazah yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal MH17 akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi Jumaat.

Jamil Khir berkata, setakat ini dua jenazah yang dipersetujui oleh pihak keluarga untuk dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 Putrajaya, solat jenazah hadir akan diselaraskan di Masjid Putra, Putrajaya.

"Manakala bagi jenazah Muslim yang dibawa terus ke negeri masing-masing, jenazah akan disolatkan di peringkat negeri dan permukiman masing-masing," katanya.

Menurut Jamil Khir, Jakim bersama Jabatan Agama Islam Negeri-negeri berkaitan akan berperanan sepenuhnya untuk pengurusan solat jenazah dan urusan pengebumian jenazah Muslim sehingga majlis selesai.

Katanya, Jakim menyediakan dua imam pengiring bagi setiap jenazah Islam untuk membantu menguruskan solat jenazah, bacaan talkin dan tahlil.

Sementara itu beliau berkata, seluruh masjid di seluruh Malaysia diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib secara serentak sebaik sahaja selesai solat Jumaat.

"Di peringkat negara, solat jenazah ghaib akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya. Semua masjid juga digalakkan untuk mengadakan majlis tahlil selepas solat jenazah.

"Saya ingin menyeru seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib di masjid-masjid peringkat negeri dan komuniti," tambah Jamil Khir.

Maklumat lanjut, umat Islam boleh merujuk kaifiat solat jenazah ghaib melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan