MH17: Kedutaan Asing di Kuala Lumpur Turut Berkabung

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 2:12 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa kedutaan asing di negara ini turut berkabung sempena Hari Perkabungan Negara hari ini. 

Antara ialah Kedutaan Amerika Syarikat dan Filipina. 

Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di sini turut mengibarkan bendera AS separuh tiang di kedutaannya. 
 
Gambar bendera AS separuh tiang itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Twitter dan laman web kedutaan di http://malaysia.usembassy.gov/
 
"Rakyat AS bersama-sama rakyat Malaysia pada Hari Perkabungan ini. Doa dan ingatan kami bersama keluarga mangsa tragedi MH17," katanya dalam catatan yang turut disertai gambar. 

Gambar itu menunjukkan bendera AS dikibar separuh tiang dan sepanduk hitam dengan tulisan berwarna putih 'MH17' digantung di pintu pagar hadapan kedutaan.

Sementara itu, pejabat kedutaan Filipina yang kehilangam tiga rakyatnya dalam tragedi MH17, turut mengibarkan bendera negara itu separuh esok di kedutaannya di sini bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Ini adalah selaras dengan perpaduan dan bagi menghormati Hari Perkabungan Negara yang diisytiharkan kerajaan Malaysia, menurut kedutaan itu dalam kenyataan kepada Bernama.
 
"Kami bersama-sama kerajaan dan rakyat Malaysia memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban dalam penerbangan tersebut, dan kami juga memperingati tiga warga Filipina yang terkorban dalam nahas berkenaan," kata kenyataan itu.

Rakyat Filipina Irene Pabellon-Gunawan dan dua anaknya, Darryl Dwight dan Sherryl Shania, dalam perjalanan ke Filipina melalui Kuala Lumpur untuk perjumpaan keluarga.
 
"Pegawai dan kakitangan Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur serta selaku jiran dan saudara dalam Asean, menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, terutama kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH17," kata kedutaan itu.
 
Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain rakyat Malaysia dan Filipina, ia turut mengorbankan warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Kanada dan New Zealand.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS , Kedutaan Asing

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan