Majoriti Akhbar Utama Guna Hitam Dan Putih Zahirkan Ketibaan Hari Perkabungan Negara

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 12:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majoriti akhbar utama di Malaysia menggunakan warna hitam dan putih di muka hadapan bagi menzahirkan kehibaan sempena Hari Perkabungan Negara hari ini. 

Susun atur muka hadapan akhbar utama hari ini juga menggunakan tajuk utama, gambar dan petikan kata-kata terakhir mangsa penerbangan Malaysia Airlines (MAS)
MH17 yang menyentuh hati.

Akhbar Utusan Malaysia menggunakan warna hitam dengan tajuk utama 'Penghormatan Negara' dengan nama 20 penumpang dan anak kapal pesawat MH17 yang tiba di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
hari ini.

Berita Harian pula menggunakan warna hitam putih dengan gambar Jalur Gemilang dikibarkan separuh tiang pada muka hadapannya. 
 
Sinar Harian pula menggunakan gambar solat jenazah yang dilakukan di Rumah Mayat Monuta Ineeme, S-Gravenhage di Belanda, Khamis sebelum mayat berlepas ke Kuala Lumpur dengan tajuk 'Malaysia Berkabung'. 
 
Turut menggunakan warna hitam putih ialah Harian Metro dengan tajuk utama 'Kembali Bersemadi'. 

Akhbar tersebut turut mencetak petikan kata-kata terakhir anak kapal MH17, Mastura Mustafa kepada suaminya, Mohamed Affendi Khairuddin menerusi aplikasi Wechat yang berbunyi 'Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui Allah takkan kembali' pada muka hadapan.

Akhbar berbahasa Inggeris, The Star menggunakan warna hitam putih dengan gambar wajah 20 mangsa MH17 yang tiba hari ini menggunakan tajuk muka hadapan 'They are home'. 

Muka hadapan akhbar berbahasa Inggeris, the Sun memaparkan gambar pesawat penerbangan Malaysia dan Jalur Gemilang yang dikibarkan separuh tiang dengan tajuk 'Malaysia Mourns RIP MH17'.

Sementara New Straits Times mencetak nama kesemua 43 mangsa warga Malaysia MH17. 
 
Akhbar MalayMail pula memaparkan tajuk "They're coming home, no words to say farewell".

Halaman utama laman web www.bernama.com turut menggunakan warna hitam dan putih pada logonya. 

Media tempatan juga dilihat menggunakan warna hitam dan putih pada logo mereka di laman web, laman facebook dan laman sosial twitter masing-masing. 

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebanyak 43 orang termasuk penumpang dan anak kapal merupakan warga Malaysia. 

Daripada jumlah ini, 20 mayat tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA hari ini untuk disemadikan di tanah air.
Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan