MH17: Jenazah Nur Shazana, Hakimi Bersemadi Di Taman Selatan

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 2:36 PM

Mohamed Salleh menyentuh keranda jenazah anaknya, Nur Shazana sebelum ia diturunkan ke liang lahad untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20, Putrajaya pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dua jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 disembahyangkan di Masjid Putra di sini dengan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri pada pukul 12.20 tengah hari.

Kedua-dua jenazah itu ialah anak kapal MH17, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, dan pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi, 29.

Jenazah kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Taman Selatan, Presint 20 untuk dikebumikan.

Penerbangan MH17 Boeing 777-200 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Empat puluh tiga mangsa yang terkorban ialah warga Malaysia dan 20 jenazah yang tiba hari ini merupakan kumpulan pertama yang dibawa pulang.

Di masjid sama, Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib, serta hadir majlis tahlil untuk mangsa tragedi MH17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut hadir solat berjemaah di sini yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Loh Mahfuz' sempena Hari Perkabungan Negara bagi menghormati mangsa tragedi itu dibacakan oleh Syaikh Ismail, yang pada satu ketika, sebak dan mengalirkan airmata semasa menyentuh kewafatan Rasulullah SAW.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan