Yang Dipertuan Agong & Raja Permaisuri Hadir Istiadat Khas MH17

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 10:30 AM

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan menyaksikan Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 yang tiba dari Amsterdam, Belanda dengan pesawat khas di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17.

Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi ini di kompleks bersebelahan terminal utama KLIA.


Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet, para anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan anggota pembangkang serta para diplomat asing.

Pesawat khas yang membawa kumpulan pertama 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas di timur Ukraine pada 17 Julai itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pada pukul 9.40 malam waktu Malaysia malam tadi dan mengambil masa 12 jam perjalanan ke Kuala Lumpur. 

Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.

Tags / Kata Kunci: MAS , MH17

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan