MH17: "Allah Lebih Sayang Mereka" - Imam Besar Masjid Negara

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 6:51 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Khutbah khas bertajuk 'Hakikat Luh Mahfuz', di Masjid Putra di sini sempena Hari Perkabungan Negara pada Jumaat, memberi pengertian besar dalam kehidupan umat Islam yang wajib percaya bahawa setiap kejadian yang berlaku adalah ketetapan daripada Allah SWT.

Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, pemilihan tajuk itu telah dibincangkannya dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan kewajaran kandungannya dengan tragedi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

"Sesungguhnya manusia tidak boleh lepas daripada Qada' dan Qadar Allah SWT dan bagi kita umat Islam, kita kena percaya bahawa Qada dan Qadar Allah SWT sememangnya wujud. Malah, rezeki kita, mati kita semua ditentukan oleh Yang Maha Esa.

"Kalau berlaku apa-apa, bukanlah seharusnya kita  patut runsing kerana ini adalah ketetapan Allah SWT dan seharusnya kita kena terimanya dengan hati yang terbuka," katanya  kepada Bernama di sini, Jumaat.

Syaikh Ismail berkata, pengertian Luh Mahfuz itu sendiri bermaksud satu ketetapan Allah SWT yang tidak dapat diramal atau diduga oleh manusia.

Sebelum itu, belia mengimamkan solat Jumaat dan solat jenazah ghaib di Masjid Putra di sini. 

Turut menunaikan solat itu ialah Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama kira-kira 5,000 jemaah. 

"Saya berharap waris dapat menerima insiden yang menimpa keluarga mereka dengan hati yang terbuka. Bahawasanya Allah lebih  menyayangi mereka (mangsa MH17)," katanya.

Kumpulan pertama 20 jenazah mangsa MH17 itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pagi Jumaat sebelum diberi istiadat penghormatan tertinggi negara.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama Islam. 

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika terhempas di Donetsk, timur  Ukraine  berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang termasuk anak kapal telah ditembak jatuh, namun setakat ini,  tiada pihak mengaku bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan