Pramugari 'Hadiah' Nota Tulisan Tangan Kepada Keluarga Mangsa

Diterbitkan: Jumaat, 22 Ogos 2014 5:45 PM

MH17
(Ubah saiz teks)

SEPANG: Pramugari Teng Siew Eng mempunyai cara tersendiri untuk berkongsi kesedihan dengan waris mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 dengan 'menghadiahkan' mereka nota tulisan tangan beliau.

Nota itu yang mengandungi dua logo hati berwarna merah berbunyi: "Your departure leaves a heartache no one can heal, love leaves a memory no one can steal. We miss you. From MH families," 

Teng, 39, menulis nota tersebut malam semalam, dan melekatkannya pada plastik bungkusan bunga mawar merah jambu yang diserahkan kepada hampir semua anggota keluarga mangsa semasa menghadiri istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di sini, hari ini. 

Beliau berkata nota itu ditulis sebagai cara untuk menzahirkan takziah dan memberi kata-kata semangat kepada anggota keluarga berkenaan. 

Teng yang mengeluarkan wang sendiri untuk membeli bunga tersebut menambah bunga itu dibeli pada petang Khamis, selepas beliau pulang dari bertugas dalam penerbangan ke Bali, Indonesia. 

"Saya menghubungi kedai bunga dan meminta supaya bunga itu dihantar ke rumah dan nota itu pula ditulis pada sebelah malam," katanya kepada Bernama

Teng Siew Eng. Foto ihsan SITI SALWA SHAARI

Teng bagaimanapun agak sedih kerana tidak dapat memberi nota dan bunga itu kepada anggota keluarga dua mangsa iaitu Elisabeth Ng dan Noor Rahimah Mohd Nor kerana dimaklumkan mereka telah bergerak pulang lebih awal. 

Beliau berkata beliau sebak apabila berdepan dengan waris mangsa, khususnya rakan sekerjanya Nur Shazana Mohamed Salleh kerana hubungan mereka sangat rapat.
 
"Kami mula berkawan apabila (Nur) Shazana menyertai syarikat pada sembilan tahun lalu, dan telah beberapa kali terbang bersama," katanya. 

Beliau menambah mereka gemar bergambar bersama, dan beliau telah berjanji kepada keluarga Nur Shazana untuk menghantar gambar-gambar mereka untuk dijadikan kenangan. 
 
Sebaik sahaja istiadat itu tamat, Teng beredar untuk ke Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur untuk memberi penghormatan terakhir kepada anak kapal Dora Shahila Kassim. 

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas. 

Pesawat Boeing 777-200 itu telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.


Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan