Pemilihan PKR: Pemecatan Khalid Beri Azmin Kemenangan

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 2:08 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi laluan mudah kepada Azmin Ali untuk mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden parti.

Ini kerana, undi terdahulu Khalid yang berjaya diperoleh sebelum ini terbatal secara automatik.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, jumlah undi yang diperolehi menteri besar itu tidak relevan untuk diumumkan sekarang.

"Jumlah undi beliau (Khalid) yang diumumkan sebelum dipecat tidak lagi relevan pada masa sekarang,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan rasmi pemilihan parti itu di Ibu Pejabat PKR pada Khamis.

Keputusan undi pada 28 Jun lalu menunjukkan Khalid memperolehi sebanyak 17, 608 undi, ketinggalan di belakang Azmin.

Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar arahan parti untuk meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Pada pemilihan kali ini, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak menang mudah dengan mengetepikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail selepas memperolehi 22,562 undi.

Tags / Kata Kunci: pemecatan , Abdul Khalid Ibrahim , Azmin Ali , PKR

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan