Pelukis Autistik Savant Pertama Malaysia Terima Pengiktirafan Obama

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 8:58 PM

Delwin menunjukkan surat pengiktirafan daripada Presiden Barack Obama kerana karya seninya. Foto CHONG KAH YUAN / THE STAR

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Pelukis Autistik Savant yang pertama di Malaysia, Delwin Cheah Wien Loong, 11, menerima surat pengiktirafan daripada Presiden Barack Obama, kerana karya seninya.

Ibunya Erina Law Mei Sun, 39, berkata surat daripada presiden Amerika Syarikat itu memeranjatkan tetapi berharap pengiktirafan itu terus memberi sokongan dan galakan kepada ibu bapa yang mempunyai anak autistik.

"Kami tidak tahu siapa yuang menghantar karya seni Delwin yang disiarkan dua tahun lalu bertajuk 'I Can Draw' kepada Presiden Amerika Syarikat. Apabila Delwin menerima surat itu, dia tersenyum lebar," katanya pada sidang media di sini Khamis.

Law berkata, anak lelakinya itu sedang melakarkan lukisan khas kepada Obama untuk mengucapkan terima kasih dan berhasrat untuk menghantarnya ke Rumah Putih.

"Kami mahu berkongsi pengiktirafan itu kerana kami mahu mewujudkan kesedaran mengenai autisme dan memberi sokongan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak autistik tentang bagaimana mereka melatih dan memberi inspirasi kepada mereka," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Law berkata, beliau memberi semangat kepada Delwin untuk membina keyakinan untuk menulis dan dia menunjukkan peningkatan apabila berupaya menulis 25 perkataan berbanding dua hingga tiga patah perkataan sebelumnya. 

"Cabaran paling besar buat Delwin ialah kemahiran sosial dan kami akan terus memberi sokongan dan membantunya membina keyakinan," katanya dan menambah ibu bapa yang mempunyai anak yang memerlukan perhatian khas tidak harus mengabaikan mereka.

Law berkata, keupayaan Delwin untuk melukis menggunakan pen dan tidak pernah melakukan kesilapan apabila menulis telah memberi inspirasi dan motivasi kepada adik perempuannya Delwina Cheah Kah Yan, 9, untuk melukis tanpa perlu menggunakan pemadam.

Delwin didiagnos menghidap Sindrom Asperger dengan IQ 114 ketika berusia lima tahun.

Bagaimanapun, dia mula melukis ketika berumur tiga tahun dan diiktiraf sebagai Artis Autistik Berpendidikan Tinggi paling muda di dunia yang mengadakan pameran seni secara solo oleh Record Setter, Amerika Syarikat pada 28 April, 2013.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan