Muhyiddin Saksi Raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 1:13 PM

Anggota tentera mengusung keranda ketika melakukan raptai Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis hadir menyaksikan raptai penuh istiadat penghormatan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini. 

Timbalan perdana menteri yang tiba kira-kira 9.45 pagi mendengar taklimat ringkas daripada Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. 

Selain itu, Muhyiddin juga mendengar taklimat daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Hadir sama termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Tan Sri Joseph Kurup. 

Muhyiddin meluangkan kira-kira sejam untuk menyaksikan perjalanan raptai menerima kumpulan pertama mangsa warganegara Malaysia yang melibatkan 20 jenazah yang dijadual tiba di Kompleks Bunga Raya, KLIA, kira-kira 10 pagi, esok.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warganegara Netherlands, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Tags / Kata Kunci: Mh17 , Muhyiddin Yassin , KLIA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan