MH17: Dua Lagi Mangsa Warga Malaysia Dikenal Pasti

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 9:23 PM

(Ubah saiz teks)

AMSTERDAM: Dua mangsa terbaharu nahas MH17 warga Malaysia dikenal pasti pada Rabu membabitkan seorang penumpang dan seorang anak kapal pesawat itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wee Ka Siong ketika mengesahkan perkara itu berkata, jumlah penumpang dan anak kapal warga Malaysia yang dikenal pasti setakat ini ialah 30 orang.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Kedutaan Malaysia di sini dan pasukan penyiasat di pusat ketenteraan yang berada di Hilversum dekat sini.

"Kedua-dua mayat mangsa itu bagaimanapun masih ditempatkan di Hilversum bagi menjalani proses siasatan dan pengecaman lanjut seperti mana dilakukan ke atas mangsa lain," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol sebelum berlepas pulang ke Malaysia.

Beliau berkata pelbagai ujian padanan, DNA dan bedah siasat perlu dilakukan sebelum mayat mangsa diserah untuk pengurusan jenazah dan penghantaran pulang ke tanah air.

Sebelum ini, dilaporkan 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 sudah dikenal pasti dan lapan daripadanya belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke tanah air.

Sebanyak 20 jenazah iaitu 17 dalam keranda dan tiga dalam bekas abu akan tiba di Malaysia pada Jumaat.

Kerajaan Malaysia merancang untuk membawa pulang kumpulan kedua mangsa nahas MH17 Ahad ini namun ia bergantung kepada proses pengurusan jenazah, dokumentasi dan kelulusan pihak berkuasa Belanda.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Wee Ka Siong

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan