Orang Ramai Di KLIA Diminta Datang Tepat Pada Hari Penerimaan Jenazah MH17 - Berita Semasa | mStar

Orang Ramai Di KLIA Diminta Datang Tepat Pada Hari Penerimaan Jenazah MH17

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 7:23 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menasihatkan orang ramai dan penumpang menggunakan KLIA dan KLIA2 memastikan mereka tiba tepat mengikut waktu dijadualkan di lapangan terbang itu pada hari istiadat penghormatan penerimaan jenazah MH17, Jumaat ini.


MAHB berkata istiadat itu dijadual bermula kira-kira 6 pagi dan berakhir kira-kira 1 tengah hari dan membabitkan jalan-jalan utama menghala ke dan dari KLIA dan KLIA2. 

Istiadat itu akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya KLIA. 

"Orang ramai juga dinasihatkan tidak meletakkan kenderaan di sepanjang jalan utama masuk dan keluar KLIA dan KLIA2 bagi memastikan trafik berjalan lancar bagi istiadat berkenaan," kata MAHB dalam kenyataan Rabu.

Ia berkata MAHB akan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memastikan trafik berjalan lancar dan mengurangkan kesulitan kepada penumpang dan mereka yang menggunakan lapangan terbang tersebut.
Tags / Kata Kunci: MH17 , penumpang , KLIA2
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan