1,674 Jemaah Haji Mula Berlepas Bulan Depan

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 3:51 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sejumlah 1,674 jemaah dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang untuk menunaikan ibadah haji di tanah suci Makkah bulan depan.

Pengarah Lembaga Tabung Haji (TH) negeri Muhamad Hamdan Omar berkata sebanyak 279 jemaah kumpulan pertama akan berlepas pada 5 Sept diikuti 7 Sept hingga 22 Sept melibatkan enam sesi penerbangan kesemuanya.

"Kepulangan jemaah haji bagi kumpulan pertama di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dijangka bermula 22 Okt hingga 5 Nov," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Tiga penerbangan pertama akan tiba di Madinah manakala tiga lagi penerbangan seterusnya mendarat di Jeddah, katanya.

Muhamad Hamdan berkata sebahagian besar jemaah adalah dari negeri ini, Perak, Kedah dan Perlis.


Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Pulau Pinang

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan