Penghormatan Tulus Terhadap Mangsa MH370, MH17 Dari Pusat Cuci Kereta

Diterbitkan: Khamis, 21 Ogos 2014 8:31 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Empat tahun lalu, pekerja di sebuah pusat cuci kereta di sini mengumpul besi buruk untuk membina sebuah model kapal terbang sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra yang terbang ke London untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dengan kerajaan British.

Pesawat itu dicat dengan warna-warna Jalur Gemilang oleh pekerja di pusat cuci kereta 2A Bersatu, tetapi ia kini telah dicat semula dengan warna putih sebagai memperingati anak-anak kapal dan penumpang MH370 yang hilang dan mangsa yang terkorban dalam tragedi MH17.

Kata-kata 'MH370 & MH17 Dalam Ingatan - Al-Fatihah' tertera di badan model pesawat tersebut.

"Dua tragedi ini adalah dua titik hitam dalam sejarah negara dan akan sentiasa diingati bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di seluruh dunia.

"Kami sedang melakukan sebahagian kecil yang kami mampu untuk memperingati semua mangsa yang terlibat dalam tragedi MH370 dan MH17," kata Hamle Amartermin, 36, pengurus pusat cuci kereta yang terletak berhampiran Taman Pasir Putih.

"Tunku pergi ke London untuk membincangkan kemerdekaan dengan British kira-kira 57 tahun lalu dan ia memberi inspirasi untuk kami mempunyai sebuah pesawat di pusat mencuci kereta ini.

"Sejak itu, Malaysia telah melalui perjalanan yang panjang sehinggalah apa yang dapat kita lihat sekarang," katanya.

Dia menambah, apabila Kerajaan mengumumkan Jumaat sebagai hari berkabung kebangsaan untuk mangsa-mangsa MH17, mereka mengambil keputusan untuk mengecat semula pesawat besi itu sebagai peringatan dan penghormatan kepada mangsa.

"Negara kita telah diuji dengan dahsyat oleh dua kejadian ini dan perpaduan telah membantu negara ini melalui kesedihan ini," katanya sambil menambah pesawat itu juga menjadi sebahagian daripada hiasan sambutan Hari Kebangsaan.

Hamle, yang mengendalikan pusat itu dengan empat saudaranya, berkata mereka tidak pernah terlepas menghias premis mencuci kereta mereka dengan Jalur Gemilang dan pelbagai bendera negeri.

"Kami menerima ramai pengunjung asing yang mengambil gambar kapal terbang dan hiasan kerana kedai kami menonjol dari yang lain. Kami mahu menunjukkan kepada mereka bagaimana bangga kita sebagai rakyat Malaysia," katanya sambil menambah premis itu telah memenangi pelbagai anugerah kebangsaan kerana hiasannya.
Tags / Kata Kunci: MH370 , Mh17 , 2A Bersatu

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan