Waris Mangsa MH17 Beri Kerjasama Penuh - Rohani

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 4:59 PM

Rohani Abdul Karim.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berterima kasih kepada waris mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 kerana memberikan kerjasama penuh dalam urusan membawa balik jenazah ke tanah air.

Beliau berkata kerjasama itu membolehkan urusan membawa balik jenazah yang akan dilakukan secara berperingkat bermula Jumaat ini berjalan lancar, khususnya dalam urusan tempat pengebumian.
 
"Dalam keadaan sedih, waris telah memberikan 100 peratus kerjasama yang begitu baik dan ini yang membolehkan semua urusan berjalan lancar," katanya dalam sidang media bersama beberapa kementerian lain berhubung persediaan istiadat penghormatan jenazah di Kompleks Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di sini, hari ini.

Sidang media itu dihadiri Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan timbalannya Datuk Jailani Johari.

Rohani juga sekali lagi menasihatkan waris mangsa untuk tidak membuka keranda jenazah kerana semua mayat itu telah diuruskan sebaik mungkin mengikut kepercayaan agama masing-masing.
 
"Selepas perbincangan bersama, ramai waris bersetuju untuk tidak membuka. Tetapi kita tidak menolak kemungkinan jika ada yang akhirnya berkeras nak buka, kita tidak dapat halang mereka daripada buka," katanya.

Sementara itu, Liow memaklumkan daripada 20 jenazah yang dibawa balik pada Jumaat ini akan melibatkan 17 di dalam keranda dan tiga bekas abu mayat.

Sehingga kini, sebanyak 28 jenazah melibatkan 15 penumpang dan 13 anak kapal telah dikenal pasti, iaitu 14 mangsa beragama Islam dan 14 bukan Islam.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berdekatan sempadan Rusia pada 17 Julai. 

Pesawat Boeing 777 dengan 298 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan ditembak jatuh, namun sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Rohani

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan