MH17: Perak Adakan Istiadat Penerimaan Jenazah Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 4:40 PM

Zambry Abdul Kadir.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kerajaan Negeri Perak akan mengadakan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 peringkat negeri secara ringkas di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini Jumaat ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau serta barisan Exco kerajaan negeri dan keluarga mangsa akan menyambut ketibaan jenazah di lapangan terbang berkenaan sebelum dibawa ke lokasi masing-masing untuk urusan pengebumian.
 
"Difahamkan jenazah akan dibawa ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah menaiki pesawat Charlie selepas istiadat penghormatan jenazah yang akan berlangsung di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
"Persediaan telah dibuat di peringkat negeri untuk mengiringi kenderaan jenazah ke lokasi masing-masing mengikut jalan darat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri dimaklumkan bahawa terdapat empat jenazah daripada Perak akan dikebumikan di daerah masing-masing iaitu dua di Ipoh dan masing-masing satu di Taiping dan Teluk Intan.

Dr Zambry berkata terdapat mayat bukan Islam di antara empat jenazah itu namun beliau enggan mendedahkan jumlahnya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengumumkan sebanyak 20 jenazah warga Malaysia mangsa nahas MH17 akan dibawa pulang Jumaat ini.

Kesemua jenazah dijangka tiba di KLIA dari Amsterdam, Belanda pada pukul 10 pagi Jumaat ini.

Penerbangan MH17 dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. 

Tags / Kata Kunci: MH17 , istiadat penerimaan jenazah

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan