MH17: Jenazah Warga Malaysia Dipindahkan Berhampiran Lapangan Terbang Schiphol

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 10:24 PM

Kenderaan yang membawa waris penumpang MH17 mula bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol ketika ditemui di Hotel Novotel Den Haag di The Hague pada Rabu. Waris akan pulang secara berperingkat bermula hari ini dan esok untuk menunggu ketibaan Pesawat Khas MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Dua belas jenazah mangsa nahas Malaysia Airlines (MAS) MH17 telah dipindahkan pagi Rabu ke sebuah rumah penyimpanan mayat berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol sebagai persediaan sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata jenazah itu yang sebelum ini disimpan di rumah mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage, dipindahkan sejak 9.45 pagi.

Lima lagi jenazah mangsa beragama Islam juga dijangka dipindahkan sejurus selesai solat jenazah yang dijadualkan pada 6 petang Rabu, katanya.

"Tujuan proses pemindahan ini bagi memudah dan melicinkan proses memuat masuk 17 jenazah yang diletakkan dalam keranda dan tiga jenazah (yang telah dibakar) dalam bekas abu ke dalam pesawat khas MAS untuk diterbangkan pulang dari Netherlands pada 2 petang Khamis," katanya kepada wartawan Malaysia.

Katanya ia juga bagi mengelak situasi tidak dijangka memandangkan lokasi rumah mayat asal terletak kira-kira 26 kilometer dari lapangan terbang.

Dr Wee berkata kumpulan pertama 20 jenazah itu dijangka dimasukkan ke dalam pesawat pada awal pagi Khamis dalam jangkaan masa dua jam.

Sementara itu, beliau berkata dua lagi jenazah mangsa beragama Buddha dan Kristian akan dibakar di rumah mayat Monuta Innemee, namun tidak sempat menyertai penghantaran kumpulan pertama jenazah berkenaan.

Jelasnya, ini kerana, sekurang-kurangnya 48 jam diperlukan untuk menguruskan jenazah berkenaan sebelum melalui proses mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda untuk diserah kepada kerajaan Malaysia.

Mengulas lanjut tentang status kumpulan kedua jenazah yang dijangka dihantar pulang pada 24 Ogos, Dr Wee berkata bilangannya bergantung kepada proses yang perlu dilalui termasuk kelulusan pihak berkuasa Belanda.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk mengenal pasti berapa jumlah sebenar jenazah dalam kumpulan kedua ini kerana proses mengenal pasti mayat masih dijalankan di Kem Perubatan Tentera Hilversum, dekat sini.

Dr Wee menjelaskan mana-mana jenazah warga Malaysia yang dikenal pasti perlu melalui lima proses iaitu mendapatkan sijil kematian, sijil perubatan, laporan bencana, permit kebenaran mengeksport jenazah dan surat persetujuan pegawai pendakwa raya Belanda untuk sama ada dikebumi atau dibakar.

Setakat ini, 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti, lapan daripada jenazah berkenaan belum mendapat pelepasan daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Penerbangan MH17 membawa 298 penumpang dan anak kapal yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Selain 43 warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.
Tags / Kata Kunci: MAS , MH17

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan