MH17: 20 Jenazah Pertama Tiba Jumaat Ini

Diterbitkan: Rabu, 20 Ogos 2014 3:28 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 20 jenazah yang terdiri daripada penumpang dan anak kapal MH17 akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mengesahkan bahawa 20 jenazah berkenaan terdiri daripada warga Malaysia dan bukan rakyat Belanda seperti yang dilaporkan minggu lalu.

"Persediaan tetap sama seperti dirancang, cuma terdapat penambahan terhadap kenderaan jenazah bagi urusan pengkebumian.

"Senarai nama jenzah yang dibawa pulang akan diumumkan pada Khamis," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Tambahnya, tempoh bertafakur selama seminit akan diadakan dalam tempoh 45 minit selepas pesawat yang membawa penumpang mendarat di KLIA pada Jumaat ini.

"Kami menjangkakan tempoh bertafakur selama seminit akan diadakan di antara pukul 10.45 hingga 11.15 pagi," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: MH17 , MAS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan