Upacara Keagamaan Untuk Lima Mangsa Nahas MH17

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 8:01 PM

Persatuan Buddha di Belanda bersama-sama menjalankan upacara agama Buddha sebelum mayat dihantar untuk dibakar di Rumah Mayat Monuta Innemee, S-Gravenhage di The Hague pada Selasa. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Jenazah lima mangsa nahas Malaysia Airlines MH17 warga Malaysia disempurnakan mengikut kepercayaan agama Buddha di sebuah pusat pengurusan mayat di sini pada pagi Selasa. 

Upacara di bangunan Monuta Innemee, S-Gravenhage bermula 8 pagi itu diketuai sami-sami Buddha dengan kehadiran kira-kira 100 anggota keluarga mangsa dan beberapa persatuan Buddha tempatan.

Susulan itu, upacara pembakaran mayat berlangsung di bandar Zoetermeer, terletak kira-kira 26 kilometer dari rumah mayat berkenaan.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan upacara hari ini (Selasa) berjalan lancar seperti dirancang.

"Keluarga tidak perlu bimbang kerana ia dijalankan mengikut apa yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Kita sentiasa berusaha beri yang terbaik dan penuhi permintaan mereka," katanya kepada media Malaysia sejurus selesai upacara berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lalu. 
Tags / Kata Kunci: MH17 , Buddha

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan