Kerajaan Diminta Wujudkan Semula 'Tabung Untuk Makanan'

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 6:02 PM

Ismail Sabri mencuba produk makanan ketika melawat gerai pameran sempena Majlis Perasmian Seminar Konsultasi Ekonomi dan Pengurusan Teknologi Pertanian 2014 di Nilai pada Selasa. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

NILAI: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mencadangkan agar kerajaan mewujudkan semula 'Tabung Untuk Makanan' bagi membantu sektor pertanian di negara ini. 

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini memandangkan dana berjumlah RM2 bilion yang diwujudkan kerajaan dan diurus Agrobank dari tahun 2008 hingga 2013 telah habis digunakan untuk memberi pinjaman.

"Dana ini adalah peruntukan khas kerajaan. Ia bukan geran, tetapi adalah pinjaman di mana kerajaan memberi untuk pinjaman sektor pertanian. Maknanya Agrobank pinjam daripada kerajaan dan dibayar balik. 

Bagaimanapun, dana ini telah habis digunakan," katanya.

Beliau berkata sekiranya kerajaan boleh pertimbangkan untuk mewujudkan semula 'Tabung Untuk Makanan', langkah itu dapat membantu mempertingkatkan pengeluaran pertanian negara dan tidak lagi perlu bergantung kepada import. 

Ismail Sabri ditemui pemberita selepas merasmikan seminar 'Konsultasi Ekonomi dan Pengurusan Teknologi Pertanian 2014' anjuran bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia, Agrobank dan Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.

Bagaimanapun, beliau berkata kementeriannya akan membuat kajian berkaitan jumlah usahawan tani yang berjaya menerusi pinjaman itu.

Kata Ismail Sabri, tidak ada makna jika kerajaan memperuntukkan wang yang banyak dengan memberi pinjaman tetapi kadar kejayaannya tidak ada. 

"Daripada RM2 bilion itu kita nak tahu berapa banyak usahawan tani yang berjaya. Kalau kita boleh beri kepada kerajaan 'outcome' yang bagus dan mungkin kita boleh minta semula dan kerajaan boleh pertimbangkan," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan