MRT Runtuh: Siasatan Awal Menunjukkan Kontraktor Patuhi Semua Syarat Ditetapkan

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 3:25 PM

Datuk Fadillah Yusof

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Siasatan awal mendedahkan bahawa kontraktor dan subkontraktor di tapak pembinaan MRT di Kota Damansara di mana landasan konkritnya runtuh pada malam Isnin mematuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya, kata Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata kedua-dua pihak telah berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

"Kita perlu memastikan bahawa semua kontraktor berdaftar dengan CIDB, manakala pekerja perlu mempunyai latihan dan mempunyai pengesahan untuk berada di tapak pembinaan," katanya kepada The Star Online.

Pada malam Isnin, landasan konkrit seberat 490 tan runtuh di tapak pembinaan MRT.

Tiga pekerja Bangladesh dikhuatiri terbunuh dalam kejadian itu.

Mayat salah satu daripada pekerja, yang dikenal pasti sebagai Mohammad Elahi Hossain, telah dijumpai pada awal pagi Selasa.

Fadillah berkata Elahi mempunyai kad hijau dan telah mendapat pengesahan untuk berada di tapak pembinaan.

Beliau berkata mereka masih tidak dapat memastikan identiti dua pekerja lain yang dikhuatiri maut itu dan sama ada mereka mempunyai kad hijau.

Fadilah berkata,  Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan pihak berkuasa tempatan juga akan menjalankan penyelidikan mereka sendiri mengenai kejadian itu.

"Saya berharap pihak berkuasa berkaitan sendiri menjalankan siasatan menyeluruh, dan jika didapati mereka tidak mematuhi amalan standard, tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya.
Tags / Kata Kunci: DOSH , CIDB , Datuk Fadillah Yusof

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan