Adun PKR, Rodziah Mahu MalaysiaGazette Mohon Maaf Fitnah

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 4:07 PM

Rodziah menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap portal berita MalaysiaGazette yang didakwa memfitnahnya menerusi satu artikel baru-baru ini di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga, Rodziah Ismail menafikan beliau dijanjikan 'habuan' tertentu apabila menyatakan pendirian menolak kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah bekas anggota kabinet Khalid itu berkata, beliau difitnah oleh sebuah portal berita yang mendakwa kononnya telah dijanjikan akan dilantik semula ke jawatan exco sekiranya menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Sehubungan itu Rodziah menuntut portal berita MalaysiaGazette dan wartawannya memohon maaf secara terbuka berhubung artikel bertajuk "Rodziah lupa diri, tolak Khalid demi jawatan Ketua Wanita PKR" yang disiarkan pada Isnin.

"MalaysiaGazette dituntut untuk mengemukakan permohonan maaf itu secara bertulis kepada saya, di laman hadapan portal tersebut, di semua laman sosial medianya dan dalam salah satu akhbar arus perdana harian bercetak dalam masa 24 jam.

"Saya akan meneruskan tindakan undang-undang, termasuklah tindakan undang-undang jenayah, jika pihak MalaysiaGazette dan Hamdan Othman (wartawan) gagal berbuat demikian," katanya di sini, Selasa.

Terdahulu Rodziah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9 di sini berhubung penyiaran artikel yang didakwa berunsur fitnah.

Menerusi laporan polisnya Rodziah berkata: "Segala yang dinyatakan dalam tulisan tersebut adalah dusta semata-mata, serta berniat jahat, berunsur fitnah dan sengaja dibuat bagi mengaibkan saya."

Rodziah merupakan exco terakhir bertindak keluar daripada kabinet Khalid sebagai tanda protes selepas menteri besar itu memecat lima exconya daripada PKR dan DAP.

Sebelum ini Rodziah dikaitkan sebagai penyokong setia Khalid termasuk berada dalam kem yang sama ketika pemilihan PKR.


Tags / Kata Kunci: PKR , Selangor , Exco

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan