MH17: Jabatan Penerangan Sediakan Pusat Media Istiadat Penghormatan Jenazah

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 7:50 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Penerangan Malaysia menyediakan sebuah pusat media bagi istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di Rendevous Point 2, Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Dalam satu kenyataan, Jabatan Penerangan berkata pusat media itu akan mula beroperasi pada Khamis dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 8.30 malam. 

"Pusat media ini menyediakan kemudahan ruang bekerja dan wi-fi untuk kegunaan para petugas media massa. Semua petugas media dijemput menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat media ini," katanya.
 
Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 itu akan tiba di KLIA dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat ini.
 
Kerajaan juga mengisytiharkan Jumaat ini sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah itu.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.
 
Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Tags / Kata Kunci: MH17 , pusat media , jabatan penerangan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan