Perintah Berkurung Di ESSZone Dilanjutkan, 14 Nelayan Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:04 PM

Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan arahan perintah berkurung dilanjutkan, berkuat kuasa Selasa sehingga 2 Sept, dengan perubahan masa dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua faktor termasuk keadaan keselamatan terkini di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

"Setelah mendapat laporan daripada semua pihak termasuk Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abdul Rashid Harun maka saya dengan kuasa yang ada mengisytiharkan perintah berkurung dilanjutkan hari ini dengan sedikit perubahan iaitu dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.

"Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai perkara ini dan beliau bersetuju perintah berkurung ini dilanjutkan dari 20 Ogos sehingga 2 Sept," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Mengikut undang-undang sedia ada, Pesuruhjaya Polis mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perintah berkurung untuk tempoh sehari, manakala Menteri Dalam Negeri boleh mengisytiharkan perintah berkurung selama 14 hari.

Jalaluddin berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan arahan perintah berkurung yang dikuat kuasa di perairan enam daerah di ESSZone sebelum ini.

"Kerjasama yang telah diberikan oleh masyarakat di sekitar enam daerah itu cukup baik dan saya berharap kerjasama seumpama itu diteruskan demi kebaikan bersama," katanya.

Jalaluddin berkata sepanjang tempoh fasa II perintah berkurung yang berakhir semalam, 14 nelayan tempatan berusia antara 20-an dan 40-an telah didakwa di mahkamah kerana melangar arahan perintah berkurung mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

Katanya, kesemua nelayan itu dijatuhi hukuman penjara 10 hari dan denda RM500.

Sementara itu, Abdul Rashid yang hadir dalam sidang media itu berkata perintah berkurung itu memudahkan pihak keselamatan menjalankan tugas di kawasan perairan terbabit, selain memudahkan pihak keselamatan mengenal pasti bot atau kapal penjenayah atau penceroboh yang cuba memasuki perairan negara.

"Oleh itu saya minta semua masyarakat yang terlibat mematuhi arahan perintah berkurung bagi memastikan keselamatan negara khususnya di Sabah terus terjamin," katanya.

Arahan perintah berkurung fasa pertama mula berkuat kuasa sejak 19 Julai lepas, iaitu bermula dari 6 petang hingga 6 pagi, susulan insiden serangan kumpulan bersenjata ke atas dua anggota polis marin di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai lepas.

Selepas itu, Abdul Rashid telah mengumumkan pelanjutan arahan perintah berkurung fasa II yang berkuat kuasa pada 3 Ogos sehingga Isnin.

Perintah berkurung itu merangkumi enam daerah di ESSZone iaitu Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau.

Kawasan perintah berkurung tersebut bermula selepas tiga batu nautika dari pantai sepanjang perairan dari Sandakan melalui daerah Kinabatangan, Lahad Datu, Semporna hingga ke Jeti Tawau sejauh 362 batu nautika meliputi kawasan seluas 121,270 batu nautika persegi.

Tags / Kata Kunci: ESSZone

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan