Penyokong Yakin Azmin Akhirnya Jadi MB

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 8:34 AM

Azmin Ali

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyokong Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mempunyai keyakinan tinggi bahawa beliau akhirnya akan dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu.

Keyakinan ini timbul walaupun ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat bersetuju untuk hanya mencadangkan nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana Selangor sebagai menggantikan penyandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kami tahu bahawa istana akan menolak Dr Wan Azizah," kata seorang ketua cabang PKR yang menyokong Azmin.

"Apabila ini berlaku, Pakatan tidak mempunyai pilihan melainkan mencadangkan nama lain dan kami yakin orang itu adalah Azmin."

Katanya, kepimpinan parti menyedari terdapat kebarangkalian terhadap Azmin yang namanya tidak dicadangkan sekiranya nama Dr Wan Azizah ditolak oleh Sultan Selangor.

"Mereka tahu bahawa dua pertiga daripada PKR mahu Azmin menjadi menteri besar," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

"Pada masa itu, parti akan berpecah jika namanya tidak dihantar."

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak Khalid berkata Azmin mempunyai pengikut yang ramai dalam parti itu.

"Beliau mendapat sokongan yang amat menggalakkan. Buktinya adalah hakikat bahawa beliau telah menewaskan Khalid dalam saingan untuk jawatan timbalan presiden," katanya.

Katanya, berbeza dengan Azmin, Dr Wan Azizah hanya menjadi presiden PKR kerana suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR berkata parti memutuskan untuk tidak mengemukakan nama Azmin walaupun selepas Sultan enggan menghadap Dr Wan Azizah kerana mereka tidak mahu memalukan beliau.

"Ia dilakukan untuk menjaga air muka, terutamanya selepas pengumuman bahawa 30 wakil rakyat telah menandatangani akuan yang menyatakan sokongan untuk menyokong beliau," katanya, sambil menambah pengikut Azmin percaya bahawa Sultan kini akan berkenan menghadap beliau tetapi akan meminta nama calon lain dikemukakan.

"Pada itu kita kemudiannya akan mengemukakan nama Azmin," kata ketua cabang itu lagi, sambil menambah PAS kini menyokong penuh Dr Wan Azizah, bersama-sama dengan DAP kerana mereka memahami keperluan untuk menjaga air muka presiden PKR.

"Apabila namanya ditolak, PAS dan DAP akan mengemukakan nama Azmin," katanya, dengan mendakwa hanya PKR yang masih belum membuat keputusan muktamad mengenai mengemukakan nama timbalan presiden sebagai calon.

Beliau mendakwa, ramai ahli PKR juga percaya bahawa Anwar bimbang Azmin 'tidak mendengar cakapnya' dan 'mempunyai pendirian sendiri' jika dia menjadi menteri besar.

"Azmin adalah seorang ahli politik yang matang dan berkebolehan," katanya.

"Dia akan menghormati Anwar sewajarnya tetapi, sudah tentu dia tidak boleh berunding dengan Anwar dalam setiap keputusan yang perlu dibuat," katanya. 

Saintis politik USM Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata reputasi PKR akan terjejas jika Dr Wan Azizah tidak diterima oleh istana Selangor.
Tags / Kata Kunci: Azmin Ali , DR Wan Azizah , PKR

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan