Teguran Tun M: Nilai Sendiri Jasa Najib - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien meminta masyarakat menilai sendiri jasa dan sumbangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada mendengar kritikan sebelah pihak.

Menurutnya, teguran yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pandangan seorang pemimpin, tetapi masyarakat perlu menilai dengan bijak segala sumbangan dan jasa yang telah dilakukan Najib.

"Tun Mahathir tidak pernah lokek dengan pandangan dan teguran. Ini bukan bermakna kita berstuju dengan luahan itu. Kalau nak dikaitkan dengan MH17, saya tahu tidak ada ramai pemimpin di luar sana yang mampu lakukan apa yang Datuk Seri Najib buat.

"Dalam hal ini, kalau Datuk Seri Najib tidak ada pendirian yang berani untuk berdepan dengan puak pemisah hari itu, tak mungkin saya dapat berdiri di sini menguruskan jenazah-jenazah mangsa MH17.

"Jadi nilai sendirilah. Dalam masa sama saya tak nak aibkan pandangan Tun Mahathir kerana dari dulu lagi beliau ada pendirian dan pandangan sendiri.

"Bagi saya secara peribadi, apa yang Datuk Seri Najib buat untuk MH17, MH17 sahaja bukan benda lain, tidak semua pemimpin di dunia ini boleh lakukan apa yang beliau lakukan itu. Tanyalah sama ada Obama (Presiden Amerika Syarikat) atau (Vladimir) Putin (Presiden Rusia), mereka sendiri tidak boleh buat seperti ini.

"Dan kalau itu tidak boleh dinilai oleh orang ramai, ia amat menyedihkan saya,” jelasnya ringkas kepada media mengenai komen terhadap  teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mengenai pentadbiran Najib.

Bekas perdana menteri itu dalam catatan blognya menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik belaka.

Katanya, hanya apabila ditegur sahaja pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.

Dr Mahathir berkata beliau menegur menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi tiada sebarang tindakan yang diambil.

Tags / Kata Kunci: Tun Dr Mahathir , Najib , Perdana Menteri , MH17

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan