MH17: Waris Akur Jenazah Ketua Pramugari Tidak Dapat Pelepasan Pulang

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 8:25 PM

Jenazah Dora (kanan) tidak akan termasuk antara jenazah yang tiba di KLIA, Jumaat ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jenazah ketua pramugari penerbangan MH17, Dora Shahila Kassim tidak akan termasuk di kalangan jenazah yang akan dibawa pulang dari Amsterdam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Jumaat ini.

Abang kepada mangsa, Don Shahidan Kassim berkata perkara itu disahkan oleh wakil MAS yang menghubungi beliau dan memaklumkan berita itu kepadanya pada pukul 6.24 petang Selasa.

"Wakil pengurusan MAS memberitahu kami sekeluarga bahawa mayat adik saya telah dikenal pasti tetapi tidak mendapat pelepasan pihak Belanda untuk dibawa pulang.

"Saya dimaklumkan bahawa jenazahnya tidak dapat dibawa pulang kerana dikatakan terdapat beberapa aspek penjenayahan terhadap mayatnya yang menyebabkan pihak berkuasa di Belanda tidak dapat memberikan pelepasan," katanya kepada mStar Online, Selasa.

Sebelum ini, ahli keluarga Don Shahidan dimaklumkan oleh MAS bahawa jenazah adiknya itu termasuk dalam kumpulan pertama jenazah yang akan dibawa pulang ke tanah air.

Namun selepas itu beliau mendakwa tidak menerima sebarang panggilan untuk mereka terbang ke Amsterdam seperti yang diterima waris mangsa-mangsa lain atau maklumat lain bagi membolehkan ahli keluarganya melakukan persiapan menerima dan menguruskan jenazah sehinggalah beliau menerima panggilan pada hari ini (Selasa).

"Kami sekeluarga berasa lega dengan penjelasan ini tetapi sedih memikirkan jenazah yang masih tidak mendapat pelepasan.

"Sekarang kami hanya boleh berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan jenazah dapat dikebumikan dengan segera dan sempurna," katanya.

Beliau berkata, wakil MAS yang menghubunginya juga telah meminta maaf kepada mereka sekeluarga di atas segala kesilapan yang telah berlaku sebelum ini.

"Wakil dari MAS akan memberikan pengesahan rasmi mengenai perkara ini esok (Rabu) ," katanya.

Sehingga Selasa, sebanyak 28 daripada 43 mayat rakyat Malaysia telah dikenal pasti.
Tags / Kata Kunci: MH17 , Dora Shahila Kassim

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan