Tawaran Ke IPTA Bergantung Kepada Susunan Merit, Pemilihan Program - KPM

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 9:40 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kejayaan calon lepasan program matrikulasi, asasi dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM) untuk memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian yang dipohon.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, jika merit calon tidak begitu tinggi dan memohon program pengajian kompetitif, berkemungkinan besar calon tidak terpilih untuk ditawarkan program pengajian pilihan mereka.

"Begitu juga jika calon hanya memohon di IPTA yang popular, calon akan menghadapi persaingan yang tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, ramai calon yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 memohon program kompetitif seperti perubatan, pergigian dan farmasi.

Namun, KPM berkata, bilangan tempat yang disediakan adalah terhad berbanding bilangan pelajar yang memohon.

"Sebagai contoh, bagi program perubatan, hanya 418 tempat yang ditawarkan sedangkan pemohon daripada calon PNGK 4.00 sahaja adalah seramai 1,163 orang. Ini belum termasuk calon PNGK 3.99 dan ke bawah yang turut memohon program tersebut.

"Bagi program pergigian pula hanya 80 tempat ditawarkan manakala pemohon adalah seramai 261 orang dan sebanyak 119 tempat ditawarkan bagi program farmasi sedangkan seramai 313 calon memohon program tersebut," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut seramai 109 calon yang mendapat PNGK 4.00 ditawarkan program di luar bidang pilihan mereka manakala tujuh lagi calon gagal mendapat tempat kerana tidak lulus ujian MUET (Malaysian University English Test Band 1).

"Calon tersebut ditawarkan program bukan pilihan mereka kerana program yang dipilih sangat kompetitif dan tempat ditawarkan kepada calon yang mempunyai merit lebih baik.

"Oleh itu, tidak semua calon PNGK 4.00 yang memohon boleh ditawarkan program kompetitif ini," kata kenyataan itu.

Bagi kemasukan sesi akademik 2-14/2015 seramai 37,467 calon layak mendapat tempat di 19 IPTA di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 3,069 calon mendapat PNGK 4.000 memohon di IPTA pada sesi akademik 2014/2015. Namun, hanya 3.062 calon mendapat tawaran di IPTA," kata kenyataan itu.

Sementara itu, KPM berkata, calon yang gagal masih boleh mengemukakan rayuan sehingga pukul 12 tengah malam, 22 Ogos ini.

Rayuan boleh dikemukakan menerusi aplikasi e-Rayuan yang dibuka untuk capaian melalui Laman Web Rasmi Kemasukan di upu.moe.gov.my.




Tags / Kata Kunci: IPTA , Kementerian Pendidikan Tinggi

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan