Isu MB: Khalid Samad Jumpa Peguam MB Minta Penjelasan Hutang Bank Islam

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 6:22 PM

Khalid Samad

Khalid Samad.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertemu dengan peguam kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim baru-baru ini dalam usaha untuk mendapat penjelasan mengenai penyelesaian kes di luar mahkamah Menteri Besar itu dengan Bank Islam membabitkan pinjaman sebanyak RM70 juta.

Mengesahkan pertemuan sulit telah diadakan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu bagaimanapun menafikan khabar angin bahawa beliau berpuas hati dengan hasil pertemuan tersebut.

"Adalah tidak benar bahawa saya gembira dengan penjelasan peguam tetapi saya akan memberikan mereka masa untuk menjawab pertanyaan saya," katanya kepada The Star Online pada Selasa.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran mesyuarat tersebut yang diadakan pada Sabtu lalu.

Sebaliknya, Khalid berkata satu kenyataan media akan dikeluarkan jika maklum balas yang diterima masih mengecewakan.

"Saya memberikan mereka sedikit masa untuk menjawab pertanyaan tersebut. Saya akan mengadakan sidang media selepas itu untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam mesyuarat tersebut," katanya.

Salah seorang peguam Khalid, Derek Fernandez turut enggan mendedahkan butiran mesyuarat tersebut.

"Sebagai seorang peguam, saya terikat kepada hak keistimewaan undang-undang profesional. Saya boleh dipecat kerana membuat kenyataan mengenai perkara-perkara tersebut," katanya ketika dihubungi.

Ketika ditanya sama ada mereka akan mengadakan pertemuan lain bersama Khalid Samad, Fernandez berkata," Saya tidak menerima arahan buat masa ini".

Sebelum ini, Khalid Samad mendesak Khalid untuk menjelaskan perjanjian dengan Bank Islam secara terperinci untuk membuktikan tiada sesuatu yang mencurigakan.

Beliau juga meminta Khalid untuk menjelaskan peranan Tan Sri Rashid Manaf, yang juga seorang peguam kepada bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin dalam perjanjian tersebut yang ditandatangani Februari lalu.

Kes mahkamah ini antara yang didedahkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas Khalid enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatan tersebut.

Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu dan hilang sokongan daripada PAS untuk kekal sebagai Menteri Besar.

Terdahulu, PAS satu-satunya parti yang menyokong Khalid untuk mengekalkan jawatannya.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan