Kementerian Akan Bantu Pelajar Pugsom

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Universiti Perdana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar-pelajar di Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (Pugsom).

Sebuah portal dalam talian pada Isnin malaporkan Sekolah Perubatan Universiti Johns Hopkins yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menamatkan kontrak dengan Pugsom bulan lepas.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata kementerian itu masih dalam perbincangan dengan Universiti Perdana untuk "melakukan apa yang penting untuk pelajar".

Pugsom mengakui kumpulan pertama pelajarnya untuk program perubatan empat tahun dengan kerjasama Johns Hopkins pada tahun 2011.

Pengarah pemasaran dan komunikasi Johns Hopkins Lindsay R. Rothstein berkata institusi itu telah menarik diri daripada Pugsom kerana lewat membayar yuran.

"Pada masa perjanjian itu ditamatkan, bayaran terhadap Johns Hopkins tertangguh selama lebih dari 12 bulan," kata Rothstein melalui e-mel.

Ditanya sama ada pelajar boleh berpindah ke Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat, Rothstein menjawab  'tidak terdapat kemas kini' mengenai perkara itu.

Dilancarkan pada tahun 2011, Universiti Perdana dikendalikan oleh Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC), anak syarikat Chase Perdana Sdn Bhd.

Pugsom adalah salah sebuah daripada dua sekolah perubatan di bawah Universiti Perdana, di mana sebuah lagi institusi yang menjalinkan kerjasama dengannya adalah Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons (RSCI) berpangkalan di Ireland.

Universiti itu kini beroperasi di kampus sementara berdekatan ibu pejabat Mardi di Serdang.

Niab Canselor Pugsom Prof Datuk Dr Sothi Rachagan berkata AMC telah membayar sebanyak AS$34.199juta (RM107.9 juta) untuk Johns Hopkins setakat ini, termasuk pembayaran akhir sebanyak AS$2 juta (RM6.3 juta).

"Ini termasuk sebanyak AS$5 juta (RM15.7 juta) yang dibayar kepada Swami Institute for International Medical Education ditubuhkan di Universiti Johns Hopkins dan tambahan sebanyak AS$29.199 (RM92.2 juta) sebagai sebahagian daripada perjanjian hubungan dan kerjasama itu."

"AMC dan Johns Hopkins masih lagi dalam pertikaian sama ada terdapat lagi jumlah yang perlu dibayar dan kegagalan John Hopkins memberi perhatian kepada masalah dihadapi AMC dan Universiti Perdana.

"Pertelingkahan ini akan diselesaikan mengikut Perjanjian Gabungan dan Kerjasama dengan Johns Hopkins," katanya.

Dr Sothi juga berkata universiti itu akan mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa hak-hak 80 pelajar yang mendaftar di Pugsom tidak akan dikompromi langsung.

Tags / Kata Kunci: Pugsom , Universiti Perdana , Johns Hopkins

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan