MH17: Jenazah 15 Penumpang 13 Anak Kapal Dikenalpasti

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 3:53 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien menjelaskan sebanyak 28 jenazah tragedi Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dikenal pasti melibatkan 15 orang penumpang dan 13 anak kapal.

Daripada jumlah itu, dua orang telah dikenal pasti pada 4 Ogos, 14 (8 Ogos), enam (12 Ogos), dua (13 Ogos), dua (17 Ogos), manakala dua mangsa terbaharu dikenal pasti pada 18 Ogos.

"Setakat ini dijangkakan 16 jenazah telah siap sedia untuk dibawa pulang dan sekiranya ada penambahan untuk membawa balik jenazah ini, ia akan ditentukan esok (Rabu) dalam taklimat khas Jemaah Menteri.

"Selaku penyelaras Jawantankuasa Koordinasi Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17, segala persiapan rapi telah dibuat untuk istiadat 22 Ogos ini.

"Kita sudah sedia menyambut ketibaan jenazah-jenazah ini,” katanya pada sidang media selaps taklimat kepada editor kanan berhubung Persiapan Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kementerian Pertahanan di sini, Selasa.

Jumlah 16 jenazah ini melibatkan 6 yang beragama Islam dan 10 orang bukan Islam.

Menurut Hishammuddin, masa ‘Moment Of Silent' akan ditentukan selepas semua jenazah-jenazah ini tiba.

"Satu taklimat khas kepada Jemaah Menteri mengenai istiadat ini akan diadakan pada Rabu oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala satu lagi Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi pada Khamis ini untuk persiapan dan persediaan terakhir sebelum majlis 22 Ogos.

"Saya berharap agar seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa, keturunan, warna kulit serta latar belakang dapat bersatu menjayakan  majlis ‘Moment of Silent' ini dengan cara berdoa dan bertafakur secara serentak selama dua minit di seluruh negara,” tambahnya.

Pada 22 Ogos ini juga sempena Hari Berkabung Malaysia, Jalur Gemilang akan dikibarkan separuh tiang, manakala seluruh rakyat Malaysia digalakkan berpakaian warna gelap.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai lalu.

Pesawat tersebut dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan