MH17: Dua Jenazah Dijangka Tiba Di Kuching Petang Jumaat

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 7:57 PM

Anggota tentera melakukan upacara raptai di Pangkalan TUDM Kuching pada Selasa sebagai persediaan menerima jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dijangka tiba dari Amsterdam, Jumaat ini. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Jenazah dua daripada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dijadual tiba di tanah air pada Jumaat ini, akan dibawa pulang ke Kuching sejurus selepas selesai istiadat penghormatan penerimaan jenazah tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman berkata kedua-dua jenazah itu, yang diiringi empat anggota keluarga mereka, akan diterbangkan ke sini dengan pesawat Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijangka tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pada kira-kira 3 petang.

Sebaik tiba, jenazah itu akan dibawa ke Masjid Jamek, Petrajaya di sini untuk solat jenazah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang di sini bagi disemadikan.

"Orang ramai boleh berkumpul di Masjid Jamek untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat persiapan majlis penerimaan jenazah mangsa MH17 di Pangkalan Udara TUDM di sini.

Terdahulu, beliau memeriksa persiapan dan raptai penerimaan jenazah berkenaan.

Daud berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud yang diiringi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan anggota kabinet negeri juga dijangka berada di Masjid Jamek pada petang Jumaat itu.

Menurutnya jenazah yang dibawa dari Armsterdam itu dijangka tiba di KLIA pada kira-kira 10 pagi dan akan dibawa ke Kuching kira-kira dua jam kemudian.

Pada hari itu, bendera Negeri Sarawak akan dikibarkan separuh tiang sama seperti Jalur Gemilang sebagai tanda berkabung. 

Antara warganegara Malaysia yang terkorban dalam tragedi MH17 itu ialah pasangan Tambi Jiee, 49, dan Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 19, Marsha Azmeena, 15 dan Muhammad Afruz, 13. Mereka berasal dari Semariang.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Tags / Kata Kunci: MH17 , Kuching , jenazah

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan