Ahmad Zahid Minta Dr Mahathir Hormat Kepimpinan Semasa

Diterbitkan: Selasa, 19 Ogos 2014 12:26 PM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

(Ubah saiz teks)

BANGI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai hak untuk menyuarakan pendapatnya kepada kerajaan tetapi mesti menghormati kepimpinan semasa, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Seorang pemimpin yang dipilih oleh rakyat perlu dihormati oleh semua orang, termasuk Dr Mahathir.

"Ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir menuntut kesetiaan daripada semua orang.

"Saya yakin (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menuntut kesetiaan yang sama," katanya pada sidang akhbar di sini Selasa.

Dr Ahmad Zahid berkata, menerima komen negatif dan pendapat yang tidak digemari adalah harga yang terpaksa dibayar oleh ahli-ahli politik di media sosial.

"Seorang pemimpin ditakrifkan oleh era beliau. Tidak ada media sosial sebelum ini tetapi sekarang ada banyak.

"Adalah penting untuk memahami bahawa komen-komen negatif itu adalah pendapat peribadi daripada pengguna media sosial termasuk Dr Mahathir," kata beliau.

Apabila ditanya sama ada terdapat permintaan untuk Najib meletak jawatan dari Umno, Dr Ahmad Zahid berkata, tidak ada permintaan seperti itu dibuat di mana-mana cawangan atau peringkat bahagian.

Pada Isnin, Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc bahawa beliau telah hilang kepercayaan dalam kerajaan setelah berkali-kali menegur dasar-dasar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang.

Beliau mendakwa pentadbiran Najib telah gagal menjadikan prestasi buruk Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai pengajaran dan terus memperkenalkan dasar-dasar yang telah memusnahkan hubungan antara kaum dan ekonomi negara.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan