Kes Kencing Tikus Meningkat Di Pahang - Berita Semasa | mStar

Kes Kencing Tikus Meningkat Di Pahang

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 1:33 PM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes yang dicatat di seluruh negeri tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.

Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) di persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital," katanya.

Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mngenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.

"Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya," katanya.


Tags / Kata Kunci: Kencing Tikus
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan