Hari Berkabung Negara: Hishammuddin Gesa Rakyat Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik - Berita Semasa | mStar

Hari Berkabung Negara: Hishammuddin Gesa Rakyat Ketepikan Perbezaan Ideologi Politik

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 11:56 AM

Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa rakyat Malaysia untuk mengetepikan perbezaan ideologi politik bagi menghormati Hari Berkabung Negara berikutan ketibaan mayat mangsa nahas pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17, Jumaat ini.

"Saya menggesa sesiapa saja untuk mengetepikan segalanya - warna kulit, agama, politik - hanya untuk sehari. Marilah kita bersama-sama dan memberi penghormatan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

Kumpulan pertama akan dikebumikan di sini.

"Kumpulan kedua akan diterbangkan menggunakan dua pesawat C-130 dan lima helikopter Nuri untuk dikebumikan di negeri masing-masing. Pemimpin di negeri masing-masing akan menerima mayat sebaik tiba di sana.

"Setiap pesawat akan membawa satu mayat," katanya.


Tags / Kata Kunci: Hishammuddin Hussein , MAS , MH17
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan