Kesungguhan, Sikap Profesional Malaysia Urus Jenazah Dipuji Belanda

Diterbitkan: Isnin, 18 Ogos 2014 10:00 PM

Dr Fauziah Mohamad Taib

(Ubah saiz teks)

THE HAGUE: Pihak berkuasa Belanda memuji kesungguhan dan sikap profesional anggota dan pegawai Malaysia yang terlibat sepanjang proses pengurusan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17.

Duta Besar Malaysia di Belanda, Datuk Dr Fauziah Mohamad Taib berkata, penghargaan itu dizahirkan hasil kerjasama kedua-dua negara dalam mempercepat dan melicinkan setiap proses pengurusan tersebut.

"Mereka puji dan kagum semangat serta kecekapan kerja berpasukan kita, contohnya anggota dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Kor Agama Angkatan Tentera Malaysa dalam menguruskan jenazah dengan teliti termasuk dalam memandikan jenazah.

"Tidak semua (orang) mampu buat tugas itu dengan betul kecuali yang benar-benar pakar dan ada kemahiran tinggi," katanya kepada wartawan Malaysia pada Isnin.

Dr Fauziah menarik perhatian bahawa kepakaran anggota dan pegawai terbabit selain kerjasama berterusan pihak berkuasa Belanda membantu mempercepat proses menguruskan jenazah.

Jelasnya, urusan membawa pulang jenazah warga Malaysia berjalan lancar dan pihaknya masih menunggu perkembangan terbaharu dalam tempoh berbaki tiga hari lagi sebelum jenazah dibawa pulang ke tanah air.

Menurut Dr Fauziah, tiada sebarang upacara rasmi bagi penyerahan jenazah kepada kerajaan Malaysia dijadualkan pada Khamis ini.

Katanya, apa yang akan berlaku nanti hanyalah proses biasa mengeluarkan jenazah dari rumah mayat untuk diserahkan kepada kerajaan Malaysia selepas mendapat kelulusan pihak berkuasa Belanda, sebelum dibawa ke lapangan terbang untuk dihantar pulang ke tanah air.

Dalam pada itu, Dr Fauziah berkata, pihaknya sentiasa diberikan maklumat terkini hampir dua hingga tiga kali setiap hari berhubung jenazah rakyat Malaysia.

"Boleh dikatakan hampir 60 peratus jenazah rakyat negara kita sudah ditemui. Sejak tragedi itu, kita sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangan terbaharu menerusi panggilan telefon pada kadar segera.

"Ada kalanya kita tidak tidur menunggu perkembangan setiap hari. Selepas mendapat hitam putih, kita terus memaklumkan kepada anggota keluarga mangsa di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Dr Fauziah berkata. beliau akan pulang ke Malaysia dan akan turut serta menyambut jenazah di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Sebanyak 22 jenazah termasuk seorang bukan warga Malaysia akan dihantar pulang merangkumi 18 keranda dan empat bekas berisi abu mayat dengan pesawat khas dari Amsterdam yang dijangka tiba di KLIA pada 10 pagi, Jumaat ini.

Tarikh itu juga diumum sebagai hari berkabung negara dan satu istiadat penghormatan untuk jenazah mangsa tragedi itu akan diadakan di Kompleks Bunga Raya, KLIA pada hari berkenaan.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, ditembak jatuh di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai. 


Tags / Kata Kunci: Belanda , Malaysia , jenazah

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan