Hanya 3 Peserta Misi Kemanusiaan Dibenar Teruskan Perjalanan Ke Rafah

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 10:09 PM

Pasukan sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) memohon doa semoga misi ini berjaya supaya bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Gaza. Foto Abu Aqif Studio

(Ubah saiz teks)

QANTARA (Mesir): Pihak tentera Mesir hanya membenarkan tiga sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza meneruskan perjalanan ke sempadan Rafah.

Perkembangan itu berlaku apabila konvoi misi berkenaan disekat berhampiran Terusan Suez di sini, kira-kira 160 kilometer dari Kaherah.

Tiga individu itu ialah Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Duta Besar Malaysia ke Mesir dan Palestin, Datuk Ku Jaafar Ku Shaari dan Duta Palestin ke Malaysia, Dr Anwar Al-Agha.

Ketiga-tiga mereka dibawa untuk menyeberangi Terusan Suez sebelum meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta perisai milik tentera Mesir pada 2.30 petang waktu tempatan (7.30 malam waktu Malaysia).

78 sukarelawan lain termasuk anggota Mercy Malaysia dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) tidak dibenarkan berbuat demikian atas faktor keselamatan.

Arahan itu diberikan komander pos kawalan tentera di sini selepas kira-kira lima jam konvoi berkenaan terkandas dan perbincangan diadakan.

Misi itu merancang untuk mengagihkan 5,000 kotak bekalan makanan kepada 25,000 warga Palestin serta menyampaikan bantuan perubatan kepada mangsa serangan Israel di Gaza.

Hampir 2,000 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 8 Julai lalu.

Pasukan sukarelawan Malaysia yang dianggotai 83 peserta itu bertolak dari Kaherah pada Sabtu pagi namun terpaksa bermalam di Ismailia disebabkan masalah urusan kargo, sebelum bergerak semula dengan 81 peserta ke sempadan Rafah pada pagi Ahad.

Kecuali tiga wakil yang dibenar meneruskan perjalanan, baki peserta misi itu terpaksa berpatah balik ke Kaherah.

Peserta misi berkurangan kepada 81 orang pada Ahad selepas seorang doktor yang mengalami masalah kesihatan dinasihati berehat di Ismailia dengan ditemani seorang lagi doktor.

Abdul Azeez berkata walaupun kecewa, beliau tetap berterima kasih kepada kerajaan Mesir yang membenarkan Malaysia menjadi negara pertama menghulurkan bantuan kemanusiaan ke wilayah bergolak Gaza melalui pintu sempadan Rafah.

"Tak ada satu negara pun yang dibenarkan masuk setakat ini. Jadi, dapat masuk tiga orang pun, Alhamdulillah," katanya.

Selain tiga peserta misi itu, sebuah lori kontena membawa bekalan bantuan makanan dan perubatan turut dibenar meneruskan perjalanan ke Rafah.

"Ada satu lagi lori 10 tan, Insya-Allah, rakan-rakan yang tidak pergi akan uruskan semua bekalan ubatan dan makanan (di Kaherah) untuk dihantar lagi," kata Abdul Azeez.

Beliau menjelaskan mereka hanya akan dihantar pihak tentera Mesir sehingga ke pintu sempadan Rafah dan pihak kerajaan Palestin, yang dihubungi Dr Anwar, dijangka menyambut mereka.

"Saya dan Ku Jaafar cadang berada di sini (Gaza) sampai selesai kerja, kita akan pergi ke tempat pemindahan, hospital dan kawasan nelayan. Kami jangka keluar (dari Gaza) pada 22 Ogos," katanya.

Dr Anwar, yang menitiskan air mata kerana kecewa dengan perkembangan terbaharu itu, berkata beliau bagaimanapun bersyukur kerana bekalan bantuan telah dibenarkan untuk dibawa masuk ke Gaza.

Selepas mengucapkan selamat tinggal kepada ketiga-tiga wakil itu, anggota-anggota misi yang lain bertolak ke Kaherah.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan