Orang Ramai Tertarik Bergambar 'Selfie' Dengan Kerapu Seberat 152kg

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 11:55 AM

Pekerja-pekerja restoran membuang sisik ikan kerapu gergasi sebelum ia dimasak dan dihidangkan kepada palanggan.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ini bukan satu kisah dongeng.

Ramai orang berbondong-bondong ke restoran makanan laut di sini untuk mengambil gambar 'selfie' dengan ikan kerapu seberat 152kg, yang telah menjadi tarikan selepas ia dibeli daripada pemborong pada harga RM9,120.

Ikan dengan ukuran panjang 2.1 meter ini memerlukan seramai empat orang untuk mengangkatnya sebelum dipamerkan kepada pengunjung di Restoran Makanan Laut Hai Jing di Jalan Mahdali di sini.

Dikenali sebagai 'loong tan' atau kerapu Harimau, pemborong ikan Ng Kong Yoong, 37, berkata ini adalah tangkapan terbesar yang diperolehinya sejak memulakan perniagaan di Kuala Kedah, tiga tahun lalu.

"Nelayan saya menangkap ikan tersebut pada Khamis pagi di perairan Kuala Kedah. Kami bertuah kerana sebelum ini kami tidak pernah menangkap ikan sebesar ini. Biasanya semua ikan yang kami tangkap lebih kecil dengan berat kurang dari 100 kilogram," katanya ketika ditemui di restoran itu, Sabtu.

Ng kemudian menjualnya kepada restoran tersebut dengan harga RM9,120.

"Saya menolak tawaran yang lebih tinggi dari restoran-restoran lain. Pemilik restoran ini adalah kawan saya dan saya akan merasa isi ikan ini nanti."

Tags / Kata Kunci: kerapu , kerapu Harimau

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan