Satu Dalam Setiap Empat Panggilan Adalah Panggilan Bunuh Diri

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 7:53 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Satu dalam setiap empat orang yang menghubungi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Befrienders, Kuala Lumpur pada tahun lalu telah melahirkan hasrat untuk membunuh diri atau mempunyai rancangan untuk berbuat demikian.


Mereka yang berusia antara 21 hingga 40 tahun ini membentuk kumpulan terbesar dalam 21,507 orang yang menghubungi Befrienders KL dan kira-kira 60 peratus daripada mereka adalah wanita.

Masalah mereka termasuklah masalah hubungan (24 peratus), psikiatri (19 peratus), keluarga (13 peratus), sosial (lapan peratus), kerja (tujuh peratus), seks (tujuh peratus), perkahwinan (tujuh peratus) dan lain-lain (15 peratus).

Ketua Befrienders KL L. Mary Raj berkata mereka yang mengalami kemurungan dan kecenderungan untuk membunuh diri tidak boleh didiskriminasikan sebagai lemah.

"Mereka hanya tidak sihat dan perlu mendapatkan rawatan seperti mereka yang mempunyai penyakit fizikal," katanya.

Mary berkata kemurungan bukan sesuatu yang dipilih, kerana terdapat banyak faktor yang menyebabkan kemurungan, dari segi klinikal dan psikologi.

Pakar Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr T.Maniam berkata stigma berkaitan dengan penyakit mental menghalang orang ramai daripada mendapatkan bantuan dan ini perlu ditangani.

"Orang ramai juga perlu bercakap dengan lebih terbuka mengenainya dan pendidikan awam perlu dipergiatkan bagi menangani isu-isu kesihatan mental," katanya.

Dr Maniam, yang juga wakil negara ke Persatuan Antarabangsa bagi Pencegahan Bunuh diri berkata kadar bunuh diri di negara ini dianggarkan enam hingga 10 orang bagi setiap 100,000 penduduk mengikut kelaziman semasa bunuh diri.

Beliau berkata sosial masyarakat telah berubah dan telah meletakkan tuntutan yang lebih terhadap orang ramai yang menyebabkan isu-isu yang berkaitan dengan tekanan, penyakit fizikal atau mental dan ketagihan dadah atau alkohol.
Tags / Kata Kunci: bunuh diri , Befrienders

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan