Isu MB Selangor: Ke Mana Haluan PAS?

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 10:04 AM

Ibu Pejabat PAS menjadi tumpuan ramai susulan mesyuarat PAS Pusat yang akan membincangkan isu menteri besar Selangor pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kemelut politik Selangor kini tertumpu kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang dilihat sebagai penentu nasib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diangkat sebagai menteri besar.

Lebih daripada itu, mesyuarat yang dijadualkan bermula kira-kira pukul 10 pagi Ahad ini juga akan dijadikan penunjuk kepada masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama DAP dan PKR.




Seawal pukul 8 pagi, sekumpulan penyokong PAS mula berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS di sini dipercayai bagi menyokong Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kumpulan berkenaan dilihat memegang 'playcard' bertulis 'We are PAS members and we #supportourpresident'.


Penyataan sokongan itu dilihat merujuk kepada pendirian Hadi sebelum ini bahawa parti itu tetap menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selaras perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut senada menolak cadangan untuk menjadikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar ialah Majlis Syura Ulama PAS dan Dewan Ulama PAS Pusat.

Kira-kira pukul 9.45 pagi Ahad, Hadi yang tiba di pekarangan Pejabat Agung PAS disambut dengan laungan takbir sebagai tanda sokongan.



Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dilihat tiba bagi menhadiri mesyurat penting itu kira-kira pukul 9.40 pagi.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Dewan Ulama PAS Pusat yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang tiba-kira pukul 9.50 pagi.

Tags / Kata Kunci: PAS , menteri besar , Selangor , PKR , Pakatan Rakyat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan