Krisis MB Selangor: Khalid Cadang Kit Siang Menghadap Sultan

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 1:17 PM

Tan Sri Khalid Ibrahim

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencadangkan supaya penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa ahli politik lain memohon menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi mendapatkan penjelasan berhubung krisis politik semasa di negeri ini.


Khalid berkata, dakwaan bahawa beliau berbohong kepada Sultan Selangor menyebabkan krisis berkaitan jawatan menteri besar diheret ke Istana Selangor.

Katanya, berdasarkan penjelasannya, Sultan Selangor berpuas hati bahawa beliau 'mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri' ketika menghadap Tuanku pada 11 Ogos lalu.

"Sudah dijelaskan bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati bahawa saya mempunyai sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri Selangor ketika saya pergi menghadap baginda pada Isnin, 11 Ogos 2014.

"Saya menegaskan sekali lagi jika mereka - termasuk YB Lim Kit Siang yang percaya bahawa saya telah berbohong kepada Sultan Selangor berhubung perkara ini, dialu-alukan untuk mendapatkan penjelasan daripada baginda Sultan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Khalid turut mempelawa Kit Siang untuk membantu beliau dan ahli politik lain merangka surat memohon menghadap Sultan Selangor jika mereka tidak arif tentang protokol.

"Sekiranya YB Lim tidak biasa dengan protokol berkaitan, saya boleh membantu merangka surat kepada Sultan Selangor dan hanya memerlukan tandatangan beliau.

"Ahli-ahli politik lain juga adalah dialu-alukan untuk menggunakannya," katanya.

Beliau menambah, ketika beliau menghadap Sultan Selangor, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Morib dan Hulu Kelang masih setia kepada PAS.

"Adalah tidak logik untuk mencadangkan bahawa keputusan  yang dibuat selepas itu dianggap sebagai fakta sebelum ia diumumkan," katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan