MH17: Bendera Separuh Tiang, Petugas Berpakaian Hitam Sambut Ketibaan Mayat

Diterbitkan: Ahad, 17 Ogos 2014 2:00 PM

Liow Tiong Lai

Datuk Seri Liow Tiong Lai

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bendera akan dikibarkan separuh tiang manakala pegawai-pegawai di KLIA akan berpakaian serba hitam apabila kumpulan pertama mayat mangsa MH17 tiba di Malaysia Jumaat ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kod etika pakaian bagi pegawai pada hari itu adalah hitam tetapi ia tidak akan dikenakan ke atas orang awam.

"Semua orang, tanpa mengira bangsa dan agama mangsa, perlu bertafakur sejenak apabila mayat tiba dari Amsterdam.

"Siaran langsung ketibaan dan sebagainya akan diadakan, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyaksikan dan turut sama merasai saat-saat itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan Wanita MCA Selangor dan ulang tahun ke-40 di Wisma MCA di sini Ahad.

Liow, yang juga Presiden MCA, berkata setakat ini, 24 mayat mangsa Malaysia telah dikenal pasti dalam bedah siasat di Amsterdam.

Bagaimanapun, beliau berkata hanya 16 mayat - 15 rakyat Malaysia dan seorang warga asing, akan dihantar ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat (22 Ogos).

"Jika mayat-mayat lain yang telah dikenal pasti menerima kebenaran untuk dikeluarkan, mereka juga akan dihantar pulang bersama-sama dengan 16 mayat ini," kata Liow. 

Tags / Kata Kunci: Mh17 , Datuk Seri Liow Tiong Lai

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan